TUGASAN PELAJAR SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

TINGKATAN 5A2

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

SET 1

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa pada permulaan setiap novel itu yang mendorong anda untuk terus membaca novel berkenaan sehingga tamat.
[8 markah]

SET 2

(a) Terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.
Huraikan dua teknik plot yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

SET 3

(a) Pemerian yang dibuat oleh pengarang melalui sesebuah novel adalah secara umum menggambarkan corak kehidupan sesuatu kelompok manusia yang mendasari cerita.
Nyatakan tiga bukti hidup bermasyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]
(b) Teknik plot adalah teknik penceritaan oleh pengarang melalui watak-watak.
Jelaskan dua teknik imbas kembali daripada dua novel yang anda kaji.
[8 markah]

SET 4

(a) Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat yang terdapat dalam setiap novel itu.
[8 markah]


SET 5

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang menimbulkan keinsafan dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel yang anda pelajari. Mengapakan anda berpendapat demikian.
[7 markah]

(b) Watak antagonis atau watak jahat turut memainkan peranan penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu watak antagonis dalam setiap novel.
[8 markah]

SET 6

(a) Pengarang sering mengetengahkan persoalan kepincangan masyarakat dalam sesebuah novel.
Huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalan sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan keistimewaan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]

SET 7

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai kebijaksanaan.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh watak utama sebelum mandapat kejayaan dalam novel tersebut.
[8 markah]

SET 8

(a) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan dengan watak utama.
Huraikan perwatakan sampingan yang anda pilih itu.
[8 markah]

SET 9

(a) Unsur saspens dapat memikat pembaca untuk terus membaca novel itu.
Jelaskan dua peristiwa yang memaparkan unsur saspens dalam novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kesabaran yang dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel tersebut.
[8 markah]

SET 10

(a) Watak utama sering diduga dengan pelbagai masalah namun tabah menghadapinya.
Huraikan dua masalah yang terpaksa dihadapi oleh watak utama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan perasaan anda selepas membaca novel.
Mengapakah anda berperasaan sedemikian
[8 markah]